Sinopsis Budak Tebing (musim 2)

Kisah kesinambungan Budak Tebing dimana Tongki (Aedy Ashraf), Arif (Adam Lee) dan Talam (Firdaus Ghufran) terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering disabotaj, manakala Arif menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi (Fauzi Nawawi), ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba.

Laura (Bella Dowanna) membuat keputusan tidak ke London dan cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira (Eyka Farhana) cuba membantu menyelesaikan masalah dua orang kanak-kanak gelandangan dan akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.